Sunday

Funny moment in class #2

Matapelajaran SEJARAH adalah antara matapelajaran kegemaran aku. Tapi seperti yang sedia maklum, matapelajaran sejarah adalah BEDTIME story bagi majoriti pelajar termasuklah aku sendiri. wahaha..

Masa F1, aku selalu tertidur waktu sejarah. Aku selalu kena tegur dgn kwn sebelah aku (Farrah Mursyida) dan juga kawan2 diseberang meja (Hasliana dan Intan), bahawa

"Kalau nak tidur, tidur terus.. Tak payah tidur dalam keadaan duduk menegak!!"

Serius, aku boleh tertidur walaupun duduk tegak. Peringatan sekali lagi, TEEERRR.. bukan sengaja nak tidur.. Memandangkan aku berada diposisi hadapan, setiap tahun, aku antara yang menghuni bahagian depan., cikgu selalu tak perasan. yelah, duduk tegak plak tu. Dan selalunya, budak2 barisan hadapan jarang disoal oleh cikgu sebab cikgu kan berdiri, xkan dia nak tunduk tengok kita. Mestilah mata dia kebelakang memenuhi seluruh ruangan kelas. Aku selamat sepanjang tahun pertama. kuang..kuang..kuang..

F2, daya 'ketegakan' badan aku semasa tidur dalam keadaan duduk semakin kurang.. Kepala aku akan menunduk ke bawah sedikit. Dalam kadar 60 degree dari bahagian dada. Cikgu sejarah F2 aku adalah cikgu yang sangat teliti. Dan dia selalu nampak aku tertidur. Dia xtegur. Dia kejutkan dengan cara perlahan-lahan. Awal tahun dia selalu urut tangan aku sambil mulut terus bercakap. Kiranya student lain xperasan aku tertidur. Pertengahan tahun dia AKTIF sikit. Urutan tak jadi, dia SEPAK terus kaki aku bawah meja. Malu~ Orang xpnh tahu.. Huhu.. Diakhir sesi pelajaran, dia selalu cakap aku student yang bagus..

"Dia pejam mata bila cikgu cerita. Apa orang kata, FOKUS?? Hmm.. Tu tanda dia mendengar dgn teliti."

Padat~ Sentap!! Masa F3, daya ketegakan aku semakin lemah. Kepala aku jatuh 90 degree terus!! Means, tersengguk-sengguk.. Dekna, kawan sebelah aku, penah tampar, cubit, urut, panggil diam2, sampai dia pun ikut tertidur sekali jangkit dengan aku. WAHAHA.. Cikgu F3 lagi sentap.

"Dari tadi dia angguk-angguk cikgu cakap. Duk betul-betul.. Cikgu tanya pun angguk jugak. Haru sungguh."

Aku senyum ja.. seperti biasa, SMILE~~ Nasib baiklah aku dapat A.. Kalau tak, malang cikgu dapat student macam aku. Menjatuhkan imej cikgu berkaliber je..

Tapi serious.. aku sangat bertuah sebab tiga-tiga tahun tu, cikgu Sejarah aku adalah antara cikgu terbaik sekolah sebab tu aku boleh dapat A. Nak harap aku dan aku dan aku sahaja? Lupakan. Dont even dream,

Saturday

Funny moment in class #1

Kisah ni berlaku masa aku form 2 di IHS.. waktu tu, kami tengah mengikuti pembelajaran BI.. Teacher Tan Sok Sen. Tak pernah berubah dari form1 sampai form 3.. Sebab tu rindu sangat2.

Ada satu hari ni, teacher tengah mengajar didepan dengan penuh dedikasi.. Lepas tu dia terdengar ada beberapa orang pelajar bersembang di belakang. Teacher agak hebat dalam mengenal pasti suara student yang buat bising..tapi hari tu, dia tiba-tiba tersilap. kui..kui.. (jahat btl aku ni). Dia pusing belakang. Tengok Ikmal yang berposisi dibelakang Luqman.

"Why you so noisy back there. Shut up!!"

Dia terus sambung mengajar.. Kami pun fokus balik pada pelajaran hari tu.. Ajar, ajar dan ajar, teacher pun tanya,

"Any word you dont understand, you can asked me.. Any Question??"

Xde.. Hampeh nak tunggu orang tanya.. Teacher pun sambung ajar lagi.. Beberapa minit kemudian, dengar ada bunyi bising lagi. Teacher pun pusing marah Ikmal lagi sekali. Ikmal tetiba bangun dan tanya satu soalan. Mungkin sebab dia mengumpul kekuatan, jadi dia terlupa ayat mana nak guna cakap dengan teacher. Dia hentam guna BM.

"Teacher, tuduh dalam BI apa teacher?"

Dalam hati ramai yang jawab 'accused'. Dan aku antara orang yang tertanya-tanya apa kaitan 'accused' dengan pembelajaran hari tu. Dan kenapa dia tiba-tiba tanya perkataan tu? Teacher pun jawab sebab student dah tanya. Tadi dia yang minta kalau xtau apa2 perkataan boleh tanya.

"Accused.."

Dengan muka confident, Ikmal dengan suara yang cukup hebat tapi dalam cara masih menghormati, dia tengok teacher dan cakap,

"Why you accused me??!!"

Satu kelas terkesima dalam hati meledak gelak.. Ikmal memang bukan pesalah sebenar. Yang bising tu Luqman kat depan dia( xla bising sgt, ckp slow je.).. Lepas tu terjadilah beberapa episod "jelas-menjelaskan" keadaan sebenar. Pelik macam mana teacher boleh tersilap orang. Tapi yang pasti, aku xblh lupa saat Ikmal dengan beraninya menegakkan kebenaran. Dan macam mana riak muka teacher berubah sebab tersilap.

"Why you accused me??!!"

Teacher ada ayat special untuk student2 yang biasanya xblh jawab soalan dia. Tahu daydreaming?? Dengan muka serius lawak, teacher akan cakap,

"MIMMMMMPI SIANG!!" XD

What a great teacher. Dia mungkin garang. Tapi sebab garang la kami jadi siapa kami sekarang. Thank you teacher.

Friday

Cute, Naughty, Funny Little Sisters

 This entry is special dedicated to junior blok B 2011, Ibrahim High School. :) sebab rindu.

Dilahirkan dalam keluarga dimana aku THE ONLY DAUGHTER, aku rasa sangat gembira dimasukan ke dlm sebuah keluarga yang membuatkan aku memiliki lebih dari seorang kakak dan adik perempuan. KELUARGA ASMI. aku sangat sayangkan keluarga ni.. 3 tahun dibesarkan oleh blok D, dan dilayan sebagai adik (walaupun masa tu dah ada junior), aku sangat berat hati untuk meninggalkan blok D dan menjadi 'kakak' pada form 3 tahun ni di blok B. Risaunya.. Boleh ke kami jadi senior? Diorang ni semua macam mana ekk??

Tahu tak kami sendiri tak sedar bila kami belajar untuk sayang sangat dekat adik2 semua. Pelik sebab tak perlu practice pun. Hebat kan kuasa kasih sayang. lol. Daripada junior yang xpernah pun kami sembang dulu, tahun ni kami rasa seronok duduk dengan adik2 semua. Ada Aimi, Fatin, Che' La, Pakna, Anis, Mariam, Ku Azreen, Aifa, Syaza, Nurin, Ummul, Nad, Wani, Hanim, Nasya, Jemy and so on lah.. Ingat, tapi xlarat tulis la syg.. Suka sangat sembang dgn ampa suma. Lawak dan comel.. a little hyper-active maybe, haha..


Terima kasih k sebab dah bagi kami pengalaman menarik sepanjang "menjaga" atau lebih tepat dijaga sebab diorang ni macam makcik2 jgk bila bg nasihat.. haha... joke lagi.. ampa semua. Take care ok dear. Lepas ni nak tunggu siapa plak nak ajak basuh kolah, (Untuk maklumat Lanjut), nak tgk jgk siapa yg malas bangun pagi dan suka mandi lewat malam tu.. Siapa yang nak story2 citer hantu kat katil waktu tengahari sampai lepas waktu study. Siapa plak Nak buat lawak dalam dorm..(adik2 B3 sgt lawak for real!! B4, kami jarang ke sana, sorry xdpt knl lebih jauh lg.. :)) Siapa nak pgg loker yg nama "Kak Fariza".. Hahak.. Siapa nak jd Cheff Cilik saya!!


Hermm.. Lepas ni dah jadi senior, Boleh la jadi kakak yang TERRRbaik untuk adik-adik ok? Kami dah xjaga hampa semua dah.. Kalau jaga pun dari jauh jew.. Kami tahu adik2 kami ni dah besar. Pandai jaga diri, kan? Kita masih lagi satu family. Jangan lupa kami semua f4-2011 ok?


Lepas habis PMR, semua f3 balik. Sunyi sangat blok waktu tu.. Macam nak suruh ampa smua balik hostel.. Meriahkan balik blok. Actually, kami pun xtau kenapa penulisan ni ala-ala formal plak.


Enough bab formaliti..

Terima kasih untuk semua f3 dan f4 yg dah ukirkan kenangan terindah tahun ni..




love u guys so much...



The memory Of Charlie

Charlie sangat sayang pada aku. Tapi aku tak suka dia. Dia selalu 'kiss' kat leher.. kat pipi.. kat dagu.. selama aku kenal dia, dah 4 kali aku kena 'kiss'. Tapi peringatan awal2.. Aku bukan seperti yang korang bayangkan..

Charlie ni adalah sejenis binatang yang berbisa. dia juga dikenali sbg 'wahid'. Bila dia kencing dimana2 bahagian wajah atau badan kita, dia akan meninggalkan kesan lecur.(sgt merbahaya sbb kesan lecur kat pipi aku mengambil masa yg lama utk sembuh). Ada seorang kawan aku sampai setengah muka kena bisa charlie. Aku sgt bersimpati pada dia. (dlm masa yg sama bersyukur sbb aku xkena seteruk tu dek charlie.)

Tapi kan, aku ada memori istimewa sbb charlie. (bkn DENGAN CHARLIE tau..  SEBAB CHARLIE)..

Al-kisah bermula bila aku terkodek-kodek naik tangga pi blok. Sambil tu aku bercakap la sensorng (gila x?). Mungkin, orang yg didlm terdgr suara aku, (sbb tingkap dekat je dgn tangga), so, dia pun jerit dari dalam,
"fariza~ katil hang ada charlie!"
Terlopong. terus aku lari masuk dorm. melihat keadaan katil yang cekang tanpa kedut.(cis, sempat lg puji diri sendiri).
"alaa comelnya.. Charlie ni bawa baby charlie la kat pinggang dia.."
"Mana2?"
Mimi, kawan aku dari dorm sebelah datang menyibuk.(kih3!!)
"Tu..'
serius, charlie tu bawa baby.. baby dia kecik je.. Kebetulan, Aifa yang jugak dr dorm sebelah sampai. dia tgk2 charlie berselang seli dgn aku dan ckp dgn riak xde feeling,
"Fariza, katil hang ni tempat bersalin charlie kot.."
haha.. agak kurang sopan ya.. kot ye pun nak bersalin, PERGI CARI TEMPAT LAIN LA!!
Dah la esok nak exam. hermm.. cakap pasal exam..
sebaik mendapat laporan pasal charlie di atas katill aku tu, aku terus menemui geng pembersihan, (yg sbnrnya tgh study kat bawah), Dalilah, Dania, Sabariah, Puteri, Sharifah and Tasya. Depa naik atas dgn senjata utama iaitu, RIDSECT!!!

Tau tak, mlm tu, sungguh2 kami berperang dgn charlie. kami spray dia sampai jatuh tergolek dan kutip kurung dalam balang. (balang kuih raya yg dh kosong.. ekekeke..). Langsung terlupa esoknya ada exam. bahasa melayu paper 1 n 2. Dekna, aman n pikah dh rapatkan katil. mimi dah lari balik dorm dia. haha.. malam tu, kmi berjaya tangkap charlie dgn jumlah yg byk. Sungguh aku gembira. Charlie tu, tetiba je satukan kami semua budak2 dorm B3 utk bersatu mengutip charlie yg berterabur dilantai. Aku xkan lupa.

Sebab esoknya, bila aku bangun, sebuah lagi 'ciuman' gudmorning dari charlie dihadiahkan pada aku dileher. Errgghh!! Xpernah serik.

Nota sikit: charlie2 yg kami kumpul mlm tu, kami serahkan pd warden. Sejujurnya, aku sgt terharu dpt buat sesuatu kerja bersama2. baru rasa satu kumpulan. baru rasa kerjasama. Charlie, walaupun aku xska, tapi terima kasih sgt2..

Thursday

The Diary Of Ma Yan

 Baru2 ni aku ada membaca sebuah buku 'The Diary Of Ma Yan' yang di adaptasi dari sebuah kisah benar yang berlaku dinegeri China. Buku tu dengarnya sudah ditranslate ke banyak bahasa di dunia antaranya Indonesia, Bahasa Melayu, Perancis dan Bahasa Inggeris tentunya.. Yang menariknya, buku ni adalah catatan seorang gadis yang berjuang melawan arus kemiskinan untuk mendapatkan pendidikan. Benar2 menyentuh hati aku. Catatan yang tak pernah dia jangka akan dibaca oleh manusia2 seluruh pelosok dunia. Bahkan ada part2 yg aku menangis sebab aku membayangkan betapa sakitnya berada diposisi dia. Melalui buku ni, aku dah belajar banyak hal. Terutamanya melalui BERSYUKUR. Buku ni betul2 buatkan aku sgt bersyukur dgn apa yg aku miliki skrg dan buatkan aku menghargai dgn sebaiknya. Ada antara ayat2 yg menyentuh hati aku tuliskan sikit disini,
"Aku harus menahan lapar selama 15 hari hanya utk membeli sebatang pena."
 Pen tu berharga 2 yuan. Duit tu duit belanja sekolah dia. Seminggu dia cuma dapat 1 yuan. SEMINGGU tau!! Dia hampir2 kena berhenti sekolah sbb mak dia betul2 dah xde duit utk biaya sekolah dia. Diorg ada 3 beradik. Dia anak sulung dan mengikut tradisi China dikawasan tu masa tu, keutamaan pendidikan hanya pada anak lelaki. Dan bila mak dia harus pilih siapa yg akan berhenti, tentulah dia!!

Korang baca sendiri la buku ni. For Ibrahim High School, takyah susah2 cari kat tempat lain, di Library sekolah pun ada. Cari dibahagian Novel (cis! mcm librarian pulak aku ni).

Sungguh2 aku terkesan dgn buku ni.Aku tak reti nak olah mcm mana. Yang pasti, dgn segala kemudahan yang aku miliki skrg, sgt BODOH jika aku tak menggunakan kesempatan belajar ni dgn sebaiknya.


Shaik Syafwan

Olla!! Hari ni aku nak story pasal kawan kelas aku. Nama dia Shaik Syafwan. Tapi kitorang biasa panggil dia Shaik je. Wahaha.. Entry ni dipostkan bagi menghargai penghargaan yang dia dah beri pada aku diblog dia. Terima kasih Shaik.. Sungguh2 aku terharu.. Wahaha..

Enough bab merapu..

Shaik ni kira okey laa.. Happy-Go-Lucky person. Terlampau happy barangkali. Dia spesis yang tak lupa kawan.. Hmm.. Dia la yg byk tolong masa jamuan berbuka puasa kelas 4SC4 dulu.. I mean, dia yang reserved tempat. Urus jemputan. And etc.

"serius aku pening kepala pasal jamuan tu n tq sgt2 kat hang, Afif n Hafiz sbb x jatuhkan imej aku depan Puan Tan sebab xreti handle majlis." -shaik syafwan-

Beberapa jam selepas aku survey blog hang, aku tinjau lagi sekali. Wah, dah maju~~ Bagus2 Mr. Shaik Syafwan. (aku tinjau sbb aku suka cara hg tulis. Mcm aku baik gilerr..) kih3..

Last but not least, tq very much.. Aku doakan yg terbaik.. Semoga kita jadi kawan sampai bila2.. Ok semua?

Nota sikit: Shaik, terharu x?? wahaha.. Baik kan aku??(Mata ke atas, tgn dibahu). Bye!

Friday

Macam Kawan

aku ni mmg story-teller kat adik2 aku. apa2 story pun  yg aku tau, depa akan tau. Mcm tu la depa pun..So, ni antara bingkisan cerita aku dgn adik aku beberapa hari lps.

Baru2 ni aku ada citer pasal sorang cikgu praktikal yg dah nk hbs mengajar kat skolah kami pada amad.( sbb hakim sngt busy dgn preparation upsr. time 2, dia duk kat tuition.)
aku : tgk x lagi cikgu kakak?
amad : ?? cikgu kakak byk.
aku : yg ini cikgu praktikal bio. jap2 akak buka profile dia.
aku pun tunjuk kat amad. Reaksi..... 'blurr'.
amad: ni cikgu kakak?
aku: haa.. awat amad kenal ka?
amad: Mcm kwn2 jaa..
aku: eh? Ni mmg cikgu laa..

hari yg lain..
aku : tgk lagi x majlis buka puasa kelas akak?
amad: belum..
aku : jom tgk..
sambil buka profil ieha..
amad: tu ka cikgu yg kakak tunjuk haritu?
aku: yaa..
Amad: awat sama tinggi. mcm kwn2 ja..
aku mengekek gelak depan PC.. seingat aku, dah dua kali dia asyik sebut mcm kwn2 ja.. 
Mungkin dia xpercaya kot ada cikgu semuda serendah, secomel n sekecik   cikgu aku tu.
ahmad husaini
 p/s: cikgu, saya boleh jamin kalau dia jumpa cikgu kat mana2, dia boleh ingat muka cikgu.