Friday

The memory Of Charlie

Charlie sangat sayang pada aku. Tapi aku tak suka dia. Dia selalu 'kiss' kat leher.. kat pipi.. kat dagu.. selama aku kenal dia, dah 4 kali aku kena 'kiss'. Tapi peringatan awal2.. Aku bukan seperti yang korang bayangkan..

Charlie ni adalah sejenis binatang yang berbisa. dia juga dikenali sbg 'wahid'. Bila dia kencing dimana2 bahagian wajah atau badan kita, dia akan meninggalkan kesan lecur.(sgt merbahaya sbb kesan lecur kat pipi aku mengambil masa yg lama utk sembuh). Ada seorang kawan aku sampai setengah muka kena bisa charlie. Aku sgt bersimpati pada dia. (dlm masa yg sama bersyukur sbb aku xkena seteruk tu dek charlie.)

Tapi kan, aku ada memori istimewa sbb charlie. (bkn DENGAN CHARLIE tau..  SEBAB CHARLIE)..

Al-kisah bermula bila aku terkodek-kodek naik tangga pi blok. Sambil tu aku bercakap la sensorng (gila x?). Mungkin, orang yg didlm terdgr suara aku, (sbb tingkap dekat je dgn tangga), so, dia pun jerit dari dalam,
"fariza~ katil hang ada charlie!"
Terlopong. terus aku lari masuk dorm. melihat keadaan katil yang cekang tanpa kedut.(cis, sempat lg puji diri sendiri).
"alaa comelnya.. Charlie ni bawa baby charlie la kat pinggang dia.."
"Mana2?"
Mimi, kawan aku dari dorm sebelah datang menyibuk.(kih3!!)
"Tu..'
serius, charlie tu bawa baby.. baby dia kecik je.. Kebetulan, Aifa yang jugak dr dorm sebelah sampai. dia tgk2 charlie berselang seli dgn aku dan ckp dgn riak xde feeling,
"Fariza, katil hang ni tempat bersalin charlie kot.."
haha.. agak kurang sopan ya.. kot ye pun nak bersalin, PERGI CARI TEMPAT LAIN LA!!
Dah la esok nak exam. hermm.. cakap pasal exam..
sebaik mendapat laporan pasal charlie di atas katill aku tu, aku terus menemui geng pembersihan, (yg sbnrnya tgh study kat bawah), Dalilah, Dania, Sabariah, Puteri, Sharifah and Tasya. Depa naik atas dgn senjata utama iaitu, RIDSECT!!!

Tau tak, mlm tu, sungguh2 kami berperang dgn charlie. kami spray dia sampai jatuh tergolek dan kutip kurung dalam balang. (balang kuih raya yg dh kosong.. ekekeke..). Langsung terlupa esoknya ada exam. bahasa melayu paper 1 n 2. Dekna, aman n pikah dh rapatkan katil. mimi dah lari balik dorm dia. haha.. malam tu, kmi berjaya tangkap charlie dgn jumlah yg byk. Sungguh aku gembira. Charlie tu, tetiba je satukan kami semua budak2 dorm B3 utk bersatu mengutip charlie yg berterabur dilantai. Aku xkan lupa.

Sebab esoknya, bila aku bangun, sebuah lagi 'ciuman' gudmorning dari charlie dihadiahkan pada aku dileher. Errgghh!! Xpernah serik.

Nota sikit: charlie2 yg kami kumpul mlm tu, kami serahkan pd warden. Sejujurnya, aku sgt terharu dpt buat sesuatu kerja bersama2. baru rasa satu kumpulan. baru rasa kerjasama. Charlie, walaupun aku xska, tapi terima kasih sgt2..