Masa F1, aku selalu tertidur waktu sejarah. Aku selalu kena tegur dgn kwn sebelah aku (Farrah Mursyida) dan juga kawan2 diseberang meja (Hasliana dan Intan), bahawa
"Kalau nak tidur, tidur terus.. Tak payah tidur dalam keadaan duduk menegak!!"
Serius, aku boleh tertidur walaupun duduk tegak. Peringatan sekali lagi, TEEERRR.. bukan sengaja nak tidur.. Memandangkan aku berada diposisi hadapan,
F2, daya 'ketegakan' badan aku semasa tidur dalam keadaan duduk semakin kurang.. Kepala aku akan menunduk ke bawah sedikit. Dalam kadar 60 degree dari bahagian dada. Cikgu sejarah F2 aku adalah cikgu yang sangat teliti. Dan dia selalu nampak aku tertidur. Dia xtegur. Dia kejutkan dengan cara perlahan-lahan. Awal tahun dia selalu urut tangan aku sambil mulut terus bercakap. Kiranya student lain xperasan aku tertidur. Pertengahan tahun dia AKTIF sikit. Urutan tak jadi, dia SEPAK terus kaki aku bawah meja. Malu~ Orang xpnh tahu.. Huhu.. Diakhir sesi pelajaran, dia selalu cakap aku student yang bagus..
"Dia pejam mata bila cikgu cerita. Apa orang kata, FOKUS?? Hmm.. Tu tanda dia mendengar dgn teliti."
Padat~ Sentap!! Masa F3, daya ketegakan aku semakin lemah. Kepala aku jatuh 90 degree terus!! Means, tersengguk-sengguk.. Dekna, kawan sebelah aku, penah tampar, cubit, urut, panggil diam2, sampai dia pun ikut tertidur sekali jangkit dengan aku. WAHAHA.. Cikgu F3 lagi sentap.
"Dari tadi dia angguk-angguk cikgu cakap. Duk betul-betul.. Cikgu tanya pun angguk jugak. Haru sungguh."
Aku senyum ja.. seperti biasa, SMILE~~ Nasib baiklah aku dapat A.. Kalau tak, malang cikgu dapat student macam aku. Menjatuhkan imej cikgu berkaliber je..
Tapi serious.. aku sangat bertuah sebab tiga-tiga tahun tu, cikgu Sejarah aku adalah antara cikgu terbaik sekolah
Amboi..tu la hg..trok2 .. Nsb aku jns tido tros..bak kt cg jamal hg zikir kot
ReplyDelete