Syamimi memerhati gambar peristiwa-peristiwa ASMI beberapa tahun lalu. Ada Dekna dengan Kak Ummu. Ada Kak Lily dgn Syazana. Ada Fariza yang sedang memegang 'botol chewi'.. Hmm.. Nampaknya, kedua-dua botol fariza iaitu "chewi" dan "chewi junior" sudah hilang.. Dia teringat zaman kenakalan disekolah saat mereka ada fiesta kokurikulum disekolah.
"Nak beli barang perhiasan kek, pinjam duit cikgu Jah."
Dia tersenyum lagi. Telefon bimbit dicapai. Dia mendail nombor Shafiqah Bieber.
"Hello, saya Shafiqah. Saya tidak dapat menjawab panggilan anda. Sila tinggalkan pesanan. Saya akan menelefon anda semula."
Xdak la pulak.. Try call Dekna..
"disconnected"
Dia macam nak menangis. Memang sensitif pun. Nombor terakhir, kalau tak dapat, dia tak nak call sesiapa lagi dah. Dia nak tunggu diorg call balik. Amanina. Tapi dia memang berharap dapat pun..
"Hello.."
"Aman.. Rindu~"
"Alalaa.. kesiannya.. Mimie, nanti aku call balik k. Aku tengah busy ni.. Tengah jaga saham syarikat Nashreen dengan Skymmar. Aku dgn Nabilah tengah berusaha utk naikan saham diorg ni.. Nanti aku call blk k. kalau penting sgt, kau mesej aku jelah."
Talian diputuskan. eeeyeshh.. Call tak dapat. bila dah dapat, letak pulak. Busy betul diorg semua ni. Lupa adik beradik ke apa..Kebetulan, cliennya, Encik Yang-Belum-Tahu-Siapa bercuti. Jadi dia ada masa terluang hujung minggu ni. Dia membuka televisyen. Panggilan telefon dari atas meja kopi mengganggu konsentrasinya. Fariza sedang ketawa dihujung talian.
"Hmm?"
"Tengah buat apa tu doktor? Moody semcm je.. Kau nak aku called Doktor Mira ke?"
"Tak payah. Nanti lagi sakit aku dibuatnya. Macam tak kenal kakak tua yg kecik tu. Hal kecil, buat teruk. Lagipun kau lupa ke aku pun doktor. Aku tau nak jaga diri."
"Hak3.. Yelah tu.."
"Apasal kau call aku ni.?"
"Amboi.. Nak call pun tak boleh?"
"Takde laa.. Semua org pun mcm sibuk je. Aku tau, kau ni kalau tak penting, takdenya nak call aku.."
"Tak penting pun.. saja nak call. Eh,buka TV 214."
"Tgk tu.. aku dah agak dah.."
Syamimi terus membuka channel yg disarankan. Rahang bawah jatuh.. Mereka dah balik!!
Dilapangan terbang antarabangsa, KLIA..
Ainaa, Lily dan Syafarina baru turun dari penerbangan daripada Kanada. Wartawan mengerumuni mereka.
"Aku rasa excited gila turun flight dgn Ainaa. Wartawan serbu tu.. Kalau biasa2, xdenyer kena serbu2 dgn paparazi ni.."
Syafarina mengomel. Lily hanya tersenyum. Nak dapat gaya menarik dlm pic snap wartawan tu nanti.
"Cik Ainaa, apa perancangan cik Ainaa selepas ni?"
"Saya nak buka kelas memasak pada sesiapa yang berminat."
"Menarik. Bila agaknya kelas itu akan dilancarkan?"
"Sebenarnya, masih dalam perancangan. Saya akan beritahu tarikh yg fixed secepatnya nanti."
"owh.. Adakah dua orang sahabat Cik Ainaa ini akan menyertai Bengkel tersebut?"
"well, they are not just friends. Ini keluarga ASMI juga."
Terdengar suara2 wartawan itu berbisik-bisik kekaguman.
"Kak Ainaa!!"
Seorang gadis lari2 anak terus memeluk Ainaa. Eh? Dalilah~~ Kehadiran wartawan tidak dihiraukan seolah-olah hanya keluarga ASMI berada disitu.
"Bila balik?"
"Baru sampai la ni.. Kak Lily~ Kak Nina~"
Dalilah bersalaman dengan Lily dan Syafarina. Masing-masing teruja.
"Dalilah sorang je ke yang terdampar kat UK tu?"
Dalilah menggeleng..
"Tu, Dania dengan Siti. Diorg kan buka bisnes kat sana. Kerjasama dgn syarikat Nashreen dan Skymmar. Kiranya, diorg jaga company kat UK."
Dania dan Siti menghampiri kerumunan wartawan. Bersalaman.
"Athifa, keluarga kau berapa ramai sebenarnya?"
"Eh? kenapa tiba2 berminat nak tanya?"
"Kawan aku call tadi. Diorg ada kat lobi KLIA sekarang. Temuramah kakak kau, liputan tentang Ainaa
ASMI dah jadi liputan keluarga kau pulak. Diorg suruh aku call kau. Nak suruh kau yg handle."
"What? Kak Ainaa balik? Pertemuan keluarga ke? Nak suruh aku handle? Kan kita baru balik dari Perancis ni. Okay, whatever. Jom cepat pegi."
"well3, apasal tak cakap korang dah plan nak balik sekali ni?"
Suara dari celah2 orang ramai menarik perhatian. Farina dan Aina Syafira tersenyum. Beberapa jam kemudian, penerbangan dari Itali tiba. Kelihatan Syifaa dan Aifa mengusung beg keluar dari lapangan terbang. Athifa memeluk Syifaa dari belakang.
"Hey, rilex laa.. nak pergi mana laju2 ni?"
"Athifaa!! Rindunya.. Nak balik laa.. Nak rehat2.. Lepas tu nak pergi cari adik beradik. Baru sampai jugak?"
"Ha'ah.. Tak payah cari jauh2.. Tu haaa..."
Athifa tunjuk ke satu arah . Aifa bergegas lari mendapatkan mereka semua. Syifaa dan Athifaa beriringan. Wartawan sudah berputus asa.
"Okey2.. Jom kita bergerak keluar.. Buat sesak KLIA je kita semua ni.. Jom buat reunion kat mana2.. Kebetulan balik serentak mcm ni.. susah nak percaya."
Ainaa memberi cadangan. Mereka semua setuju. Mereka mula bergerak keluar.
"Rilex laa.. dah la tak tunggu kitorg sampai dulu. Nak pergi dah?"
Ummu Athiyah dan Eni melambai dari jauh. Semua ketawa. Lagi dua orang!! Tertinggal pulak kat belakang. Sampai dipintu airport, masing-masing hampir berpecah ke arah tujuan masing-masing sebelum sebuah bas sampai betul2 dihadapan ASMIan..
"Hello ladies and gentleman, bas ASMI dah sampai. "
Mahfuzah, Athirah(kak NABA), Farhana(kak pakna), Syamimi, Amira, Syazana dan Fariza tersengih dihadapan pintu. Mereka terus menaiki bas yang ditempah khas itu. Fariza duduk disebelah Dalilah.
"Mana tahu kami semua balik? Sempat pulak pegi tempah dua buah bas."
Dalilah sempat bertanya dalam kehairanan. Farina dan Eni yang berada ditempat duduk hadapan, turut berpusing kebelakang utk mengetahui cerita sebenar.
"Korang semua masuk TV live tau.. Credit to Kak Ainaa coz story pasal dia dah dirampas keluarga ASMI. eh, cakap2 ni, mcm mana korang semua blh balik serentak?"
"ENTAH!!"
hampir semua ASMIan yg berada dalam bas itu menjawab serentak. LOL.. hak3..
"Kau dulu Dalilah. Mcm mana tergerak hati nak balik?"
"Aku dapat cuti la.. Lagipun dah lama aku tak balik Malaysia. Ambil la kesempatan kejap."
"Owh.. Kak Eni?"
"Kak Eni follow kak Ummu. Dia yang beria-ia nak balik sgt. Rindu masakan ASMI katanya. Tak jumpa semua adik beradik pun, jumpa yang ada kat Malaysia ni pun jadilah. Mana tahu semua nak balik. Hari yang sama pulak tu."
"Kak Nina?"
"Well, jangan tanya okey.. Fariza yang tak tahu.. Australia dgn Malaysia tu dekat je.. Memang Kak Nina suka balik Malaysia kalau free.."
"Tak cakap pun!"
"Tak tanya.. Fariza ada mana sekarang?"
"Tempat biasa. Malaysia dah ada bangunan Psikologist sendiri tau. Fariza keje kat situ la.. Dah jadi senior. Kaunseling psikologi sgt best."
"Ada ASMIan cari Fariza?"
"Ada. Tapi bukan sbb diorg perlukan kaunseling. Cari suka2 je.. Mcm skrg. Alhamdulillah. Sepanjang pgg tittle psikologist ni, takde lg ahli ASMI kena kaunseling."
"Good! Eh, Semua!"
Farina meminta perhatian seketika.
"Jom pergi makan kat DM.. "
Semua ketawa. Mana mungkin nak pergi makan kat DM. DM kat kedah. Diorg kat KL.
"Means, jom pegi makan ramai2.. Kasi loaded owner restoran. Nak? Lapar ni~~"
Eni menarik Farina duduk semula ditempatnya..
"Kau ni tak berubah laa.. Ni yang buat aku berat nak balik US ni.. Kita fullkan balik your tummy. Dalam flight mesti lapar sgt,kan?"
"Tahu xpe.. "
Bas yg dipenuhi para ASMI itu sgt bising. Semua ada cerita yg disimpan sekian lama. Masing2 nak cerita pengalaman2 ditempat orang.
p/s: (sudden, i miss Alumni Asmi.. Mai la tgk adik2 yg masih ada kat sini.. =[ )
No comments:
Post a Comment
If you have nothing GOOD to say, say nothing. *flying-kiss*